
Sukacita, BIRO SUKAN & REKREASI SOA , akan mengadakan aktiviti outdoor,
Matlamat dan tujuan aktiviti dijalankan:
- menyihatkan tubuh badan
- untuk membawa ahli soa menikmati keindahan flora dan fauna
- untuk mengeratkan ukhwah dikalangan ahli
- aktiviti bersosial sesama ahli
Aktiviti yang julung kalinya akan diadakan pada :
Tarikh : 23 mei 2009
Tempat : Taman Botani Negara, Shah Alam
(dulu dikenali sebagai Taman Bukit Cherakah)
Masa : 8 pagi hingga 1 petang
Siapa pernah tengok AMAZING RACE?
Untuk makluman,
ala-ala aktiviti macam itulah yang bakal dibuat,
Semua peserta akan dipecahkan ke dalam beberapa kumpulan,
satu kumpulan mungkin terdiri daripada 3-8 orang,
kami akan tentukan ahli-ahli kumpulan nanti,
format pertandingan adalah mudah,
sebelum perlumbaan dimulakan,
setiap kumpulan akan diberikan passport,
bila perlumbaan dimulakan,
dengan segera dalam kumpulan,
cari check point yang ditetapkan,
dan dapatkan cop pada passport,
eh, macam senang jer?
takde maknanya.....
di setiap check point ada tugasan yang akan diberikan nanti,
dan setiap ahli dalam kumpulan perlu buat tugasan itu bersama,
sekiranya tugasan tidak dilakukan,
akan dikenakan penalti tambahan masa,
macam biasa,
kumpulan yang sampai dulu di garisan penamat,
bersama kesemua ahli kumpulan bersama passport,
dengan masa terpantas,
dikira pemenang la kan,
dah menang kang pandai-pandailah bahagi-bahagikan hadiah itu,
*details bagi syarat2 pertandingan akan dijelaskan secara terperinci semasa hari perlumbaan nanti.
owh? apa dia tugasannya?
Antaranya ialah :
- Navigation
- Scavenger Hunt
- Outdoor Cooking
- Modeling
- Golden Leaf
- Tripod Makings
- Nature Orchestra
- Bertam Challenge
*tugasan adalah tertakluk pada penganjur, tidak semestinya mengikut senarai diatas.
syarat penyertaan:
sihat tubuh badan dan semua ahli soa wajib menyertai aktiviti ini.
Cara menyertai aktiviti:
kami akan menghantar email penyertaan kepada anda pada hari selasa (12 Mei 2009).
jawab 'yes' atau 'no'. (tapi ingat syarat penyertaan wajib tau....)
ps: gambar aktiviti tugasan adalah terhad dan tidak dapat dipaparkan ke dalam blog. Kami terpaksa merahsiakannya atas arahan pihak penganjur. Ala, nanti kalau dah tau macamana bentuk tugasan dah tak thrill la..... hahahaha.