Paintball Battle

|
Ahad, 24 Mei 2009 - Satu aktiviti 'paintball battle' telah diadakan bertempat di xtreme park, seksyen 13, shah alam bermula jam 9 pagi. Seramai 16 orang anggota soa telah menyertai aktiviti tersebut.
 
  Acara dimulakan dengan sesi penerangan mengenai cara permainan dan mengenai aspek keselamatan oleh En. Hafis, penyelia dan koordinator bagi aktiviti ini. Seterusnya ahli dipecahkan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada kumpulan A (ketua kumpulan : Presiden SOA), kumpulan B (ketua kumpulan : Naib Presiden SOA), kumpulan C (ketua kumpulan : En. Member Hj. Sirat) dan Kumpulan D (ketua kumpulan : En. Yeo Cheng Chua). Format pertandingan adalah round robin dan pemenang ditentukan melalui sistem pemarkahan. Cara permainan adalah ringkas, masa permainan adalah 3 minit. Kumpulan yang berjaya merebut flag di tengah-tengah gelanggang dan membawa pulang ke base akan diberi 3 mata, setiap ahli pasukan yang hidup akan diberi 1 mata.
 
  Keputusan pertandingan:
1. Tempat pertama - kumpulan A
2. Tempat kedua - kumpulan B
3. Tempat ketiga - kumpulan C
4. Tempat keempat - kumpulan D 
 
Dengan ini kami selaku Biro Sukan Dan Rekreasi SOA mengucapkan terima kasih dan kami sangat menghargai pada mereka yang hadir dan menyertai aktiviti ini. Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada Presiden dan Naib Presiden kerana sangat 'sporting' pada hari berkenaan dan membolehkan aktiviti ini diadakan dan berjalan dengan lancar.

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar yang telah diambil pada hari berkenaan, gambar-gambar yang lain bakal menyusul.



5 ulasan:

shah_x2 berkata...

siapa penembang curi tu.....?

en_mizi berkata...

dialah tuan punya seluar bling2 itu....
siapakah dia?
kakakaka

Farish berkata...

mizi, ako rasa ako tau la sape puan punya suar bling2 tu.. hehehe..

shah_x2 berkata...

Alaaa... aku pun rasa...masam-masam manis...mesti Minah Flora Fauna...

sharie the Irish berkata...

Apa ler engkorang ni.....seluar tu melambangkan orang tu punya minat....dia Pencinta Alam....

Alam Apa?...Ilmu Alam jawab nya!!

Catat Ulasan