Flora & Fauna Nature Challenge

|

Salam semua,

Dengan sukacitanya sempena ulangtahun PKNS yang ke 45,
SOA akan menganjurkan Flora Fauna Challenge,
ia juga adalah kesinambungan daripada bengkel percambahan fikiran hala tuju baru PKNS,
yang telah diadakan baru-baru ini,

matlamat dan tujuan diadakan flora fauna challenge ini:
1. memantapkan semangat dan kerjasama secara berkumpulan
2. melatih diri menjadi lebih kreatif melalui tugasan yang bakal diberi
3. aktiviti sosial dan lebih berkonsep santai
4. mendekatkan diri dengan suasana kehijauan
5. lebih menghargai alam sekitar
6. aktiviti beriadah yang sihat


Aktiviti akan diadakan pada

Tarikh : 26 Julai 2009 (Ahad)
Tempat : Taman Botani Negara, Shah Alam
(dulu dikenali sebagai Taman Bukit Cherakah
Masa : 8 pagi hingga 1 petang



Berikut adalah aturcara majlis

8.00 am - 8.30 am : pendaftaran
8.30 am - 9.00 am : senamrobik
9.00 am - 9.10 am : sessi penerangan dan syarat pertandingan oleh urusetia.
9.10 am - 12.00 pm : pertandingan 'flora & fauna nature challenge'
12.00 pm - 1.00 pm : penyampaian hadiah serta makan tengahari


Pada yang menerima surat jemputan, penyertaan anda adalah diwajibkan.

Adalah diingatkan peserta dikehendaki memakai pakaian sukan.

serba ringkas mengenai format pertandingan,

setiap peserta akan dimasukkan ke dalam kumpulan,
satu kumpulan terdiri daripada 4 orang,
dan setiap kumpulan akan diberikan pasport,

setiap kumpulan mestilah pergi ke checkpoint yang akan diberi,
dan mesti menghabiskan tugasan di checkpoint tersebut,
dan setelah sempurna tugasan tersebut,
pasport kumpulan akan ditandakan oleh urusetia,
(erk, kalau tak silap ada dekat 12 checkpoint)

owh yer,
sekiranya ada dikalangan ahli kumpulan mengelat/menipu/tidak membuat tugasan
makanya kumpulan akan dikenakan 'tendangan' penalti,
dan markah akan ditolak,

kumpulan yang pertama berjaya sampai digarisan penamat,
serta selesai menjalankan semua tugasan akan dikira sebagai pemenang,

antara tugasan yang bakal diberi adalah,


- Navigation

- Scavenger Hunt


- Outdoor Cooking


- Modeling


- Golden Leaf


- Tripod Makings


- Nature Orchestra


- Bertam Challenge



tugasan ini tidak lagi confirm dan tertakluk kepada penganjur nanti...

Jadi, marilah sama sama hadir dan meriahkan aktiviti ini......



Pelan Lokasi Taman Botani Negara, Shah Alam


1 ulasan:

shah_x2 berkata...

Betul tu Bang.... tarikh tukar pada 26.07.2009 (AHAD)

Catat Ulasan