Aktiviti jom main paint ball

|



Salam,

Sebut sahaja paintball, pasti kebanyakan korang tahu serba sedikit atau pernah mendengar mengenai permainan ini. Namun tentu masih ramai yang belum berpeluang untuk mencuba permainan yang serba lasak ini.


Sukan itu sebenarnya bukan sesuatu yang baru di negara ini, malah telah wujud sejak 15 tahun lalu. Tetapi ia semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini berikutan keunikan permainannya yang penuh strategi.


Kini, sukan ini menjadi satu pilihan utama di kalangan sesetengah warga kota untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu dan hari cuti umum.


Walaupun sukan paintball boleh dikatakan agak mahal, malah lebih mahal daripada kos bermain golf atau tenis, namun permainan ini menjanjikan kepuasan tersendiri yang tidak boleh diperoleh daripada sukan-sukan lain.


Ketajaman fikiran serta kepantasan membuat strategi dan bertindak merupakan ciri penting dalam sukan penuh mencabar ini.


Dua elemen ini yang menyebabkan sukan paintball cukup popular dan pasti ramai jatuh cinta apabila sudah mencubanya.


Semangat kerjasama dalam satu pasukan dan berdisiplin mematuhi strategi berpasukan ialah aspek positif yang dapat diterapkan.


cara permainan paintball tidaklah sesukar mana kerana apa yang penting ialah peserta mestilah tahu mengendalikan senjata dengan betul.


Peraturan permainan paintball cukup mudah kerana pemenang akan dikira dengan pasukan mana yang terlebih dahulu 'menawan' bendera yang diletakkan di kawasan pihak lawan.


Jika bendera gagal ditawan selepas lima minit, mata akan dikira berdasarkan kriteria-kriteria tertentu seperti bilangan ahli pasukan yang masih 'hidup'.


Korang juga tidak perlu risau dengan keselamatan kerana mereka akan diberikan peralatan keselamatan manakala pelurunya pula tidak akan membawa kecederaan dan warnanya mudah dicuci.


Disebabkan penangguhan SOA Flora Fauna Challenge,


Biro Sukan Dan Rekreasi SOA,

akan menganjurkan permainan paintball,

ia akan dilangsungkan ahad ini pada 24 Mei 2009,

bertempat di Xtreme Park, seksyen 13, Shah Alam,

kepada yang berminat sila hubungi ahli biro,

atau tinggalkan nama pada ruangan komen...




terima kasih....

18 ulasan:

Farish berkata...

apa kata biro SOA wat survey tgk ahli2 nk wat aktiviti apa.. kalo majoriti suka berkelah, kita pi berkelah la..

Admin Biro Sukan Rekreasi SOA berkata...

Terima kasih atas cadangan tuan....
Biro akan pertimbangkan....

Shah_x2 berkata...

Selamat berperang kepada peserta yang hadir pada 24 mei ahad ni..... Cayalah...

Farish berkata...

ahli dah tny, nmpknya sy kena la cepat2 publish gambar...

mizi berkata...

sila beri kepada saya secepat mungkin supaya boleh saya update entry.

terima kasih

shah_x2 berkata...

haa.... betul...betul...betul....
saya pun nanti bagi gambar...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Farish berkata...

wow..siapakah 'tanpa nama' ni? nmpak gayanya admin kena bukak topik lain. topik sini tak sesuai utk bincang topik yg serius2..

Farish berkata...

saya dah upload sikit kat blog saya ni
--> nukilanfoto.blogspot.com <----
saiz gambar agak kecil.
kalo nak sume salinan, beritahu saya.
nnt saya burnkan dlm CD.. FOC

mizi berkata...

ok, nanti saya jenguk blog awak farish

Lebai malang berkata...

ha ho hi hu

Lebai maklang berkata...

Assalamulaikum..

Kepada TANPA NAMA...

Kita macam SERUPA..tapi tak berapa SAMA..
Kita macam SAMA...tapi tak berapa SERUPA..

Kita macam MERANA tapi tak LARA
Kita macam TER LARA tapi tak berapa MERANA

Kita macam TERSIKSA tapi tak TERINIAYA
Kita macam TERINIAYA tapi tak berapa TERSEKSA

Kita macam TERKENA tapi tak LUKA
Kita macam TERLUKA tapi tak berapa KENA

Kita macam TERPAKSA tapi kita rasa RELA
Kita macam RELA tapi sebenarnya TERPAKSA..

Kita sebenar apa?????

Last last....KESIAN KITA

Dari:
SahabatMU
LEBAI MAKLANG

ada nama tapi rahsia berkata...

erk, lepas nih mungkin kita boleh propose buat pertandingan cerpen ke, sajak ke atau seangkatan dengannya dan diberi hadiah seperti pen sebatang dua contohnya....

amacam?

Lebai Wak Lang berkata...

wah duh.... wah duh kok nya main cerita2. Sini bukan nya tempat luah perasaan kok....
Kalau nak luah perasaan blog lain...
permisi yaa....

Lebai MakLang berkata...

Assalamualaikum....!!

Kepada Ada Nama Tapi Rahsia..

Apa barang hanya Pen Sebatang Dua
Kalau berani bagi le bersama REFILLNYA

Apa barang hanya REFILLNYA saje
Kalau berani bagi le CASING NYA juga

Apa barang setakat CASINGnya AJE
Kalau berani sekali le dengan BEG NYA juga

Apa barang setakat BEG PLASTIK tu aje
Kalau berani sekali le KEDAI BEG tu BRADER and TOKEH KEDAI TU YE!!!!!


HARAP FAHAM!!!!

SahabatMU
LEBAI MAKLANG

Tanpa Nama berkata...

Admin dah padam komen saya. Tak pe. Hak mutlak Admin. Cuma saya nak tahu yang ada orang memahami Tanpa Nama. Terimakasih Lebai Maklang.

Sharie the Irish berkata...

Assalamualaikum....

W O W!!!
Seronok baca blog Biro ni....Alamak...saya terlepas baca komen Tanpa Nama.Nape di padam??Apa2 pun kiranya mereka2 seperti TANPA NAMA, LEBAI MAKLANG, LEBAI WAKLANG...eh ni macam laki bini je..,ke ...plagiat..tak kisah le.. telah mewarnai Blog ni ..kan!!

Syabas dan tahniah kepada tukang buat blog and the gangs...

Tahniah jugak pada yang sama2 main PaintBall hari tu..Seronoknyier..............!!

TQ

shah_x2 berkata...

Ahaa... itulah tujuan kami untuk mengembirakan semua ahli SOA,

So jangan lupa next program akan menyusul.... nantikan....

Catat Ulasan